Hari ni dengan semangatnya nak bercerita pasal Go Shop. Eehhh kenapa Go Shop? Tolong ya jangan tanya soalan tu. hahaha kidding ok!! Siapa yang tak tahu boleh bukak chanel Astro 118 tak pun http://www.goshop.com.my/... Macam-macam produk ada jual. So, boleh teka kan apa kaitannya?
Ada satu hari tu tertengok chanel Go Shop, masa tu tengah promo Yonanas Ice Cream Maker. Aku punyalah excited tengok diorang buat demo aiskrim dari buah-buahan beku. Senang pun senang dan yang paling penting, of course harganya berbaloi sangat hanya RM169. Dari situlah aku terpengaruh untuk beli sebab dah berkenan.
Esoknya aku terus la purchase dari website. Aku purchase hari Jumaat, hari Khamis minggu depannya baru sampai. Lebih kurang seminggu mungkin sebab tempat tinggal aku pedalaman sikit kot. Hahaha. Aku pilih untuk bayar secara COD (Cash On Delivery) dan maksud bila ditranslatekan kepada bahasa melayu "Pembayaran Sewaktu Penerimaan". Cara ni mudah untuk korang yang takda online banking. Cukup details kan Iolls bagi explaination?
So, product yang aku beli exactly macam gambar kat bawah ni. Ni bukan gambar dari aku tau. Tapi gambar dari website.
InsyaAllah aku akan review item ni untuk next entry. :)
Assalamualaikum.. For the time being, aku just duduk rumah but, jangan sangka aku menganggur tau.. Since aku ada buat freelance dengan company yang aku intern dulu so adalah income sikit-sikit.. Cukup la buat sara diri sendiri.. huhu.. Tu pon banyak faktor yang aku consider sebab aku ni choosy sikit.. Faktor utama ialah malas bangun pagi, malas nak bersesak-sesak dalam tren dan malas nak duduk office..
Tapi tak dinafikan yang aku rindu dengan suasana zaman intern dulu.. Memang pikir nak sambung kerja yang full time tuh after intern.. yela masyuk pon masyuk gaji tetap setiap bulan tapi macam faktor yang aku sebut kat atas tadi la.. Malas tu lebih menguasai diri so byebye la nak masyuk.. Lagi satu aku cepat jemu.. Segala jenis tugas time intern dulu semua aku dah bosan. Kononnya buat freelance sebab nak cuba something new la.. And yes, its working at the first few months but bosan jugak lepas tu. Oh ya, berbalik kepada issue study, meh aku intro sikit. Dulu aku study diploma major in management and administration. Plan nak sambung degree lebih kurang bulan 9.
Alkisahnya nak sambung kat UniKL sebab under mara tapi UniKL macam main tarik tali pulak dengan aku. Dah la sebelum ni dok serabut kepala nak kos apa yang nak ambil. Pikir punya pikir satu malam tu, adalah terdetik satu IPTS. Dulu pernah mohon tapi dapat intake June. Aku siap discuss lagi dengan akak staff yang call aku tu yang aku nak defer to September intake. Dia cakap ok.. Sebenarnya aku tak expect pon yang akak tu akan call aku semula untuk permohonan aku..
Sampai la kepada kes yang main tarik tali tu.. Keesokannya pagi, aku tengok phone ada satu misscall from unknown number. Aku punya la ingat tu no. UniKL. Happy la ingat benda dah setel. Aku pun google la no. tu nak confirmkan.. Guess what, itu no Unitar, IPTS yang aku maksud kan.. Mungkin Allah nak tunjuk kot jalan aku kat Unitar. Maklumlah malam tu baru terpikir, esoknya dapat call.. Kat emel pon sama.. Tapi dengar citer, Unitar not bad since Najwa Latif pon study kat situ kan3. hahaha.. Apapun, aku harap aku tak silap buat pilihan macam sebelum ni.. But, stay tuned for my next entry.. Mana tau aku ada pilihan lain ke..